Mengapa disebut solat Tarawih
Solat pada malam bulan Ramadhan itu disebut 'Tarawih' kerana solatnya panjang, raka'atnya banyak dan orang yang melakukannya beristirahat pada setiap selesai menunaikan empat raka'at sebelum menyambungnya lagi. Oleh kerana adanya rehat maka inilah disebut "Tarawih".
Solat pada malam bulan Ramadhan itu disebut 'Tarawih' kerana solatnya panjang, raka'atnya banyak dan orang yang melakukannya beristirahat pada setiap selesai menunaikan empat raka'at sebelum menyambungnya lagi. Oleh kerana adanya rehat maka inilah disebut "Tarawih".
Ibnu Manzur dalam kitab 'Lisanul Arabi'
menerangkan bahawa 'Altarawih' adalah
bentuk jamak daripada 'Tarwihah' adalah
isim marrah (Isim yang menunjukkan makna satu kali) daripada 'Ar-rahah'.
Jadi makna 'Tarwihah'
itu adalah satu kali istirehat. Hal ini sama dengan kata 'Taslimah' (satu kali salam) yang berasal daripada
perkataan 'Assalam'. Disebut 'Tarawih' kerana orang yang melakukannya mengambil
beberapa kali istirehat pada setiap kali selesai mengerjakan solat empat
raka'at, kemudian dia menerangkan pula bahawa 'Ar-rahah'
itu ertinya lega atau segar adalah lawan daripada kata 'at-ta'ab'
yang bererti penat.
Didalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa
apabila masuk waktu solat,Nabi Muhammad
s.a.w. berkata pada bilal: "Marilah kita beristirehat
dengan solat.'
Maksudnya
ialah, azanlah untuk solat, wahai bilal! Maka kita akan beristirehat dengan
solat itu, Istirehat Nabi Muhammad s.a.w. menerusi
solat kerana didalamnya sebagai munajat kepada Allah
s.w.t.. Hal ini sesuai dengan sabda Nabi
Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Hatiku dan jiwaku menjadi
tenteram ketika dalam solat."
Dengan demikian solat Tarawih adalah sunnat yang
dilaksanakan dalam kaitannya dengan ibadah pada malam-malam bulan Ramadhan
al-Mubarak sebagaimana yang akan diterangkan menerusi hadith-hadith dalam bab
seterusnya.
Bilangan raka'at solat Tarawih
Solat Tarawih adalah termasuk solat sunnat muakkad
berdasarkan hadith-hadith yang telah disebutkan tadi. Bilangan raka'atnya
berjumlah 20 raka'at tidak termasuk solat witir. Jika dimasukkan solat witir
maka manjadi 23 raka'at. Demikian berdasarkan pada sunnah yang telah berlaku
dan berdasarkan pada sunnah umat Islam, sama ada daripada golongan ulama Salaf maupun Khalaf
sejak zaman Khalifah Umar Ibnu al- Khattab r.a. sehinggalah kezaman kita
sekarang.
Tidak seorang pun antara Imam-imam Mazhab yang
empat, ahli fekah yang mujtahid memperselisihkannya kecuali ada sati riwayat
saja yang menerangkan iaitu Imam Darul Hijrah (Imam Malik bin Anas) yang
menambah sehingga 30 raka'at.
Demikian pula dalam riwayat yang kedua dari Imam
Malik yang berdasarkan pada amalam penduduk Madinah bersumberkan dari Nafi'
yang berikut: "Saya menjumpai umat Islam (Madinah) mengerjakan solat
Tarawih 39 raka'at bersama witirnya tiga raka'at."
Akan tetapi menurut riwayat yang masyhur daripada
Imam Malik dan bahkan riwayat yang amshyur ini sesuai dengan pendapat jumhur
ulama daripada kalangan Syafi'i, Hambali dan Hanafi mengatakan bahawa solat
Tarawih itu berjumlah 20 raka'at. Oleh kerana itu, berdasarkan pada riwayat
yang mashyur ini, maka telah menjadi kesepekatan antara Imam-imam mazhab yang
empat. Semoga Allah s.w.t. melindungi
orang-orang Mukmin daripada permusuhan yang membinasakan.
Dalil-dalil Para
Mujtahidin
1.
Para
Imam Mujtahid menetapkan bahawa solat Tarawih berjumlah 20 raka'at berdasarkan
hadith riwayat al-Baihaqi dan riwayat lain dengan sanad yang sorih lagi sohih
daripada Saib bin Ziyad, yakni seorang sahabat yang terkenal. Saib berkata: "Pada
zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. umat Islam mengerjakan solat Tarawih dalam
bulan Ramadhan sebanyak 20 raka'at."
2.
Mereka
berhujah juga dengan hadith riwayat Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta'
dan riwayat al-Baihaqi daripada Yazid bin Rauman. Yazid bin Rauman berkata: "Pada
zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. orang ramai mengerjakan solat Tarawih sebanyak
23 raka'at." Yakni, 20 raka'at Tarawih dan 3 Raka'at Witir.
3.
Mereka
juga berhujah dengan hadith yang diriwayatkan daripada al-Hasan yang mengatakan
bahawa Umar r.a. telah menghimpun orang ramai untuk mengerjakan solat
dibelakang Ubai bin Ka'ab sebagai Imamnya dengan mengerjakan solat Tarawih 20
raka'at. Ubai bin Kh'ab tidak membaca qunut bersama mereka kecuali pada malam
separuh kedua daripada bulan Ramadhan. Apabila masuk separuh ketiga yang akhir
daripada bulan Ramadhan, Ubai bin Ka'ab menghilang, yakni dia mengerjakan solat
dirumahnya sendiri, lalu jama'ah pun berkata: "Ubai telah lari."
Ibnu Qudamah menceritakan didalam kitab Al-Mughni bahawa telah terjadi ijma atas
bilangan solat Tarawih iaitu 20 raka'at. Dan diriwayatkan daripada Imam Malik
bahawa bilangan raka'at Tarawih itu 36 raka'at. Dia berkata: "Solat
pada malam-malam bulan Ramadhan adalah 20 raka'at. Ia adalah sunnat muakkad dan
orang yang mula-mula mengerjakannya adalah Nabi
Muhammad s.a.w. Adapun nama Tarawih itu dinisbahkan kepada Umar ibnu
al-Khattab r.a. Ini kerana Umar menghimpun umat Islam untuk mengerjakan solat
Tarawih secara jemaah dibelakang Ubai bin Ka'ab yang bertindak sebagai
imam."
Telah diriwayatkan oleh para ahli hadith bahawa
pada suatu malam dalam bulan Ramadhan, Umar ibnu al-Khattab keluar kemasjid,
kebetulan ketika itu umat Islam solat dimasjid sendiri-sendiri. Lalu Umar
berkata: "Seabiknya aku himpunkan mereka dibawah pimpinan seorang ahli
qiraat." Maka beliau pun mengumpulkan umat Islam dan solat
dibelakang Ubai bin Ka'ab. Kemudian pada malam berikutnya dia keluar lagi dan
menyaksikan orang ramai mengerjakan solat dibelakang imam. Maka berkatalah Umar
ibnu al-Khattab: "Sebaik-baik bida'ah adalah ini."
Seterusnya Ibnu Qudamah menjelaskan bahawa yang
dipilih oleh Imam Ahmad bin Hanbal adalah 20 raka'at. Demikian juga 20 raka'at
ini dipilih oleh al-Thauri, Abu Hanifah dan al-Syafi'i, sedangkan Imam Malik
memilih 36 raka'at dengan menyandarkan pada amalan penduduk Madinah dan bagi
kami, sesungguhnya Umar ibnu al-Khattab ketika mengumpulkan orang ramai
mengerjakan solat dibelakang Ubai bin Ka'ab sebanyak 20 raka'at.
Imam Malik meriwayatkan dengan sanad dari Yazid bin
Abdurrahman: "Umat Islam pada zaman Umar mengerjakan qiyamullail
sebanyak 23 raka'at."
Diriwayatkan daripada Ali k.w. bahawa beliau telah
menyuruh seseorang untuk menjadi imam Tarawih pada bulan Ramadhan dan
mengerjakan 20 raka'at. Ini adalah seperti ijma'. Seterusnya Ibnu Qudamah
berkata: "Seandainya seluruh penduduk Madinah mengerjakan 36 raka'at,
nescaya bilangan raka'at yang dikerjakan oleh Umar ibnu al-Khattab dan telah
diijma'kan oleh para sahabat yang lain ketika itu lebih utama untuk
diikuti. Kerana sesungguhnya penduduk Madinah mengerjakan bilangan raka'at
sedemikian itu hanya kerana mereka ingin menyemai amalan penduduk Makkah
bertawaf tujuh kali setiap selesai dua kali salam (empat raka'at). Oleh sebab
itu penduduk Madinah menggantikan tujuh kali tawaf tadi dengan empat raka'at.
Namun demikian, apa yang telah ditetapkan oleh para sabahat Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih utama untuk
diikuti."
Diriwayatjan juga Ali k.w. mengelilingi
masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan
kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah
s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi
masjid-masjid kami."
Berhubung dengan ayat-ayat yang dibaca dalam solat
Tarawih, Imam Ahmad berkata: "Seseorang yang menjadi imam solat Tarawih
hendaklah membaca ayat-ayat yang dirasakan dapat meringankan makmumnya dan
bukan yang memberat-beratkan mereka. Jadi bacaan ayat-ayatnya adalah yang
meringankan bagi makmumnya." Al-Qadhi berpendapat bahawa bacaan ayat
suci al-Quran itu sunnat khatam dalam satu bulan agar dapat didengar oleh semua
jama'ah dan hendaknya jangan menambah daripada satu kali khatam itu kerana
khuatir memberatkan kepada makmum yang solat dibelakang.
Kami berpendapat bahawa yang masyhur dalam Mazhab
Maliki adalah 20 raka'at berdasarkan bahawa inilah imam-imam mujtahid
berijma atas keutamaan mengerjakan 20 raka'at.
Syeikh Al-Dardir dalam kitabnya 'Aqrabul Masalik'ala Mazhab al-Imam Malik' Juzuk
1:552, beliau menulis: "bahawa solat Tarawih itu 20 raka'at
dilaksanakn selepas solat Isyak dan salam setiap dua raka'at selain witir.
Didalam Tarawih itu disunnatkan dikerjakan dirumah jika masjid telah penuh
dengan jama'ah yang mendirikan solat Tarawih. Akan tetapi jika amsjid kosong
daripada solat Tarawih maka yang lebih utama adalah masjid dengan
berjama'ah."
Begitu juga Imam Syafi'i dan Imam Abu Hanifah
berpendapat bahawa solat Tarawih itu berjumlah 20 raka'at berdasarkan ijma para
sahabat pada zaman Khalifah Umar al-Faruq. Imam Ibnu Abdil Bar menerangkan: "Sungguh
benar adanya daripada Ubai bin Ka'ab bahawa beliau solat Tarawih dengan 20
raka'at bersama umat Islam tanpa ada perselisihan antara para sahabat."
Didalam kitab 'Al-Mukhtasor'
yang disusun oleh Imam Al-Muzani disebutkan bahawa Imam Syafi'i berkata: Aku
melihat orang ramai diMadinah mengerjakan solat Tarawih 39 raka'at tetapi yang
lebih aku sukai adalah yang 20 raka'at kerana ia yang diriwayatkan daripada
Umar. Demikian juga diMakkah, umat Islam mengerjakan solat Tarawih 20 raka'at
dan mengerjakan solat Witir 3 raka'at."
Penjelasan Imam Al-Turmuzi
Imam al-Turmuzi didalam kitab hadithnya yang
bertajuk 'Sunan Al-Turmuzi' menerangkan :
"Majoriti ahli ilmu mengerjakan solat Tarawih berdasarkan kepada
riwayat daripada Umar, Ali dan sahabat-sahabat Nabi
Muhammad s.a.w. yang lain, iaitu 20 raka'at. Bilangan ini juga yang
dipegangi oleh Imam Sufyan al-Thauri, Ibnu al-mubarak dan al-Syafi'i. Syafi'i
berkata: "Aku menjumpai umat Islam dinegeri aku Makkah mengerjakan solat
Tarawih 20 raka'at."
Ibnu Rusyd dalam kitab 'Bidayah
al-Mujtahid' berkata: "Imam Malik dalam satu riwayat
mengatakan Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad memilih 20 raka'at
selain witir."
Imam Nawawi menerangkan: "Mazhab kami
menetapkan bahawa solat Tarawih berjumlah 20 raka'at dengan sepuluh salam
selain witir. Ini terdiri daripada lima
"tarwihat" (istirahat) dan satu Tarawih terdiri daripada empat
raka'at dengan terdiri dua salam."
Demikian juga dengan pendapat Imam Abu Hanifah
serta murid-muridnya, dan juga Imam Ahmad, Abu Daqud dan juga Qadhi 'Iyadh yang
diambilnya daripada jumhul ulama. Imam Malik sendiri berkata: "Solat
Tarawih terdiri daripada 9 tarwihat (istirahat) yang jumlahnya 36 raka'at
selain witir."
Seterusnya Imam Nawawi berkata: "Hujah
mazhab kami berdasarkan keterangan yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi
dengan sanadnya yang sohih daripada al-Saib bin Yazid al-Sahabi r.a., beliau
berkata: 'Umat I slam pada zaman Khalifah Umar ibnu al-Khattab mengerjakan
solat Tarawih 20 raka'at dalam bulan Ramadhan, sedangkan pada zaman Khalifah
Usman mereka mengerjakannya 200 (dua ratus) raka'at sehingga mereka bersandar
pada tongkat-tongkat mereka kerana terlalu letihnya berdiri."
Yazid bin Rauman berkata: " Umat Islam pada
zaman Khalifah Umar ibnu al-Khattab r.a. mengerjakan Qiyam Ramadhan dengan
solat 23 raka'at (Tarawih dan Witir)." (Riwayat Imam Malik dalam 'Al-Muwatta')
Akan tetapi al-Baihaqi mengatakan bahwa hadith
tersebut diatas adalah musral, sebab Yazid bin Rauman tidak bertemu
dengan Umar ibnu al-Khattab. Seterusnya al-Baihaqi mengatakan bahawa dengan
berpandukan kepada hadith-hadith yang diterangkan tadi, umat Islam mengerjakan
solat Tarawih 20 raka'at dan Witir tiga raka'at. Al-Baihaqi meriwayatkan juga
daripada Ali k.w. bahawa solat Tarawih 20 raka'at.
Imam Ibnu Taimiyah menerangkan dalam kitab 'Al-Fatawa' : "Benar bahawa Ubai bin Ka'ab
mengerjakan solat pada bulan Ramadhan bersama umat Islam sebanyak 20 raka'at
dan Witir tiga raka'at. Jadi para ulama berpendapat bahawa yang demikian itu
ditengah-tengah para sahabat Muhajirin dan para sahabat Ansar dan tidak ada
seorang pun yang mengingkarinya (menentangnya)."
Didalam kitab "majmu'ah
al-Fatawa al-Najdiyah' disebut bahawa Sheikh Abdullah bin
Abdul Wahhab memberikan jawapan tentang bilangan raka'at Tarawih: "Bahawa
Umar r.a. ketika mengumpulkan umat Islam yang diimamkan oleh Ubai bin Ka'ab,
bilangan raka'atnya adalah 20 raka'at."
Demikianlah keterangan-keterangan daripada para
ulama pimpinan Islam sama ada daripada golongan Salaf
maupun Khalaf yang tidak dapat
diragukan lagi kebenarannya. Jelaslah bahawa solat Tarawih itu 20 raka'at yang
dikerjakan oleh Umat Islam sekarang ini adalah amalan yang benar, yang tidak
dapat disangkal lagi.
Perlu
diketahui bahawa 20 raka'at inilah yang dikuatkan oleh amalan para sabahat Radiallahu'anhum dan diijmakan oleh imam-imam
mujtadij iaitu imam mazhab yang empat. Mereka semua adalah lambang hidayah dan
merupakan pancaran ilmu setiap masa dan setiap zaman. Bilangan 20 rakat'at
inilah yang telah diperintahkan oleh Umar al-Faruq r.a. yang mana Allah s.w.t. telah menjadikan kebenaran pada
lisan dan didalam hatinya sebagaimana yang diterangkan didalam hadith-hadith
yang sohih